|
Saturday, 12 November 2011 16:32 |
|
|

KOTA BHARU – YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan mengalu-alukan kemunculan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di persada amal dakwah dalam masyarakat dan mengharapkan IKRAM saling bekerjasama dengan jentera kerajaan negeri dalam misi dakwah.
|
|
Last Updated on Saturday, 12 November 2011 16:43 |
|
Read more...
|
|
|
Thursday, 10 November 2011 00:06 |
|
Alhamdulillah program qurban anjuran PIBG hidayah dengan kerjasama IKRAM Johor yang melibatkan 8 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dapat diadakan seperti yang dirancangkan dengan jayanya bermula 7.30 pagi sehingga 12 tengahari tadi (9 Nov 2011).
Kehadiran sangat memuaskan dan di luar jangkaan iaitu sekitar 300 orang terutamanya orang orang kampung di sekitar sekolah yang telah banyak membantu dalam urusan menumbang, melapah daging dan sebagainya.
Tazkirah ringkas mengenai fadhilat ibadah korban yang disampaikan sebelum jamuan makan oleh tetamu jemputan Sheikh Mohammed Hameed pun sungguh bermakna kepada para hadirin sekelian.
Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak sekolah mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada pengarah program, para peserta korban dan seluruh ajk penganjur yang telah bertungkus lumus serta para hadirin yang turut menjayakan program ini.
Semoga segala usaha kita semua diterima dan diberkati Allah swt.
Md Nor Bakar Pengerusi LPH/Penasihat program korban 1432H
Gambar-gambar sekitar program boleh dilihat di sini http://bit.ly/korban2011 |
|
Last Updated on Thursday, 10 November 2011 00:30 |
|
Tuesday, 08 November 2011 23:47 |
|
 Ini adalah sedikit laporan bagaimana edaran daging qurban IKRAM Johor Bahru Tengah 2011 di Perkampungan Orang Asli Simpang Arang Di Gelang Patah Tahun ini IKRAM JBT hanya qurbankan 3 ekor lembu sahaja. Semua daging yang diqurbankan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dan rakan IKRAM. Sebahagian Team ROSE (CRS) dapat beramal di perkampungan Asli Simpang Arang di Gelang Patah.
|
|
Last Updated on Wednesday, 09 November 2011 16:38 |
|
Read more...
|
|
Tuesday, 08 November 2011 19:02 |
.jpg) .jpg)
Alhamdulillah, ibadah Qurban telah berjaya dilaksanakan oleh IKRAM Kluang di Simpang Renggam. Program tersebut telah diseliakan oleh Dr. Ali Abdul Rahman, Hj Sarif Mohyin dan Hj Hashimy. |
|
Monday, 07 November 2011 23:13 |
 Alhamdulillah, setelah menunggu dari 5 Nov (Sabtu), akhirnya, penantian menjadi penyelesaian setelah lembu Qurban di Bukit Kangkar sampai 6 Nov (Ahad) jam 5.15 pagi.
Di kawasan Bkt Kangkar, terdapat 3 ekor lembu untuk dikorbankan, satu antara tiga ekor tersebut adalah lembu bahagian dari sumbangan IKRAM. Proses penyembelihan bermula jam 10.30 pagi dan selesai jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah, segala urusan bersama orang kampung dibantu oleh saudara Azmi Rahman (Naib Pengerusi Masjid Bkt Kangkar).
Sebanyak 15 Bungkus daging Qurban yang dilekatkan stiker IKRAM Prihatin telah diagihkan ke beberapa buah rumah orang yang kurang kemampuan yang pernah kita santuni dalam misi IKRAM Prihatin yang lepas.
Alhamdulillah, misi mengurus dan mengagihkan daging Qurban IKRAM Ledang selesai sepenuhnya jam 3.00 petang.
Moga segala amal kita diterima Allah...Semata-mata MardotiLlah....
WaAllahu'alam..
Azam Al-kankari
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 46 |