DIRGAHAYU TUANKU
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor merafakkan sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Seluruh warga IKRAM Johor mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dilanjutkan usia, diberkati kesihatan yang berpanjangan, dan kekal bertakhta di atas singgahsana keadilan serta rahmat Allah SWT.
Daulat Tuanku!
