🌟PROGRAM IKRAM JUNIOR:JIWA MERDEKA, JALAN KE SYURGA🌟🇲🇾

🌟PROGRAM IKRAM JUNIOR:JIWA MERDEKA, JALAN KE SYURGA🌟🇲🇾
Alhamdulillah, program IKRAM Junior bertemakan Merdeka, telah diadakan pada 26 September 2026 (Sabtu) di Sekolah Agama Seri Idaman, menghimpunkan seramai 72 orang peserta berumur 6 hingga 12 tahun. Program ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang dengan pengisian yang menarik, interaktif dan bermanfaat.
📌 Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
🇲🇾 Perkongsian Sempena Merdeka: “Jiwa Merdeka, Jalan ke Syurga”
Perkongsian oleh Nur Khadijah binti Nasharudin yang membawa peserta menghayati erti kemerdekaan serta kepentingan membina jiwa yang merdeka berlandaskan nilai-nilai Islam.
🎯 Aktiviti Explorace
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan menyertai aktiviti yang merangkumi sesi taaruf ahli kumpulan, menjawab soalan berkaitan kemerdekaan Malaysia serta menghafal doa untuk orang yang telah meninggal dunia.
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak, malah turut memupuk kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan meningkatkan pengetahuan serta penghayatan agama dalam suasana yang menyeronokkan.
Semoga program seumpama ini dapat melahirkan generasi muda yang cintakan negara, berakhlak mulia dan menjadikan Islam sebagai panduan dalam kehidupan. 🤲🏻❤️
#IKRAMJUNIORSRIGADING
#IKRAMJUNIORBATUPAHAT
#SRIHBP
