Perkhidmatan saringan percuma untuk penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan obesiti, termasuk saringan mamogram kanser payudara bersama konsultasi pakar.
Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai amalan gaya hidup sihat — senaman, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan berkala.
Memupuk kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa Itu Karnival Kesihatan?
Karnival Kesihatan adalah program kesihatan anjuran IKRAM Negeri Johor, dijalankan dengan kolaborasi bersama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Edisi julung diadakan pada Disember 2019 di Kulai, Johor, dengan nama Karnival Gaya Hidup Sihat (KGHS 2019), bertemakan "Sihat Sepanjang Hayat".
Objektif
Perkhidmatan saringan percuma untuk penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan obesiti, termasuk saringan mamogram kanser payudara bersama konsultasi pakar.
Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai amalan gaya hidup sihat — senaman, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan berkala.
Memupuk kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mengeratkan hubungan komuniti melalui program kesihatan dan khidmat sosial, tanpa mengira batas agama, bangsa dan warna kulit.
Edisi Karnival
Edisi julung Karnival Gaya Hidup Sihat, diadakan di Kulai, Johor. Menyaksikan penyertaan komuniti yang menggalakkan dengan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan percuma dan aktiviti kesedaran gaya hidup sihat.
Kerjasama Strategik
