← Semua artikel

🎉🎉 SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 2026 🎉🎉

🎉🎉 SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 2026 🎉🎉 Lelaki Teguh, Keluarga Kukuh Keluarga yang kukuh bermula dengan insan yang teguh. Seorang lelaki yang bertanggungjawab, penyayang dan berperanan sebagai pemimpin keluarga mampu menjadi tonggak dalam membina rumah tangga yang harmoni dan sejahtera. Bersempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati kepentingan institusi keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat yang kuat, penyayang dan bersatu padu. Ayuh, kita perkukuhkan peranan setiap ahli keluarga, suburkan kasih sayang dan bina keluarga yang bukan sahaja bahagia, malah teguh menghadapi cabaran zaman. Lelaki Teguh, Keluarga Kukuh 🌷 #SBKKIKRAM2026 #LelakiHeroKeluarga #IKRAMJohor #BulanKeluargaKebangsaan2026 #LelakiTeguhKeluargaKukuh

Lihat hantaran asal di Facebook