← Semua artikel

📌Hari Keluarga IKRAM Bandaraya Johor Bahru 2026

📌Hari Keluarga IKRAM Bandaraya Johor Bahru 2026 Alhamdulillah, Hari Keluarga IKRAM Bandaraya Johor Bahru 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 1 November 2026 di Dewan Tabuk, Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru dengan tema “Lelaki Kukuh, Keluarga Teguh”. Program yang diadakan bersempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan IKRAM 2026 ini telah menghimpunkan seramai 178 peserta, terdiri daripada 90 orang dewasa dan 88 orang kanak-kanak. Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan ahli IKRAM serta keluarga, di samping memperkukuh peranan institusi keluarga dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera. Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program, antaranya senaman ringan, sukaneka keluarga, pertandingan mewarna kanak-kanak, sesi penghargaan ahli baharu serta cabutan bertuah dengan 68 hadiah hasil sumbangan ahli dan penyumbang individu. Kemuncak program ialah sesi Sembang Santai: “Lelaki Kukuh, Keluarga Teguh” bersama YDP IKRAM Bandaraya Johor Bahru, Akhi Luqman Mohamed Makki, dan YDP IKRAM Negeri Johor, Akhi Hermee Tahir. Perbincangan menyentuh cabaran mendidik anak-anak pada masa kini serta kepentingan kaum bapa menjadi qudwah hasanah dalam membina keluarga sakinah dan melahirkan generasi soleh musleh. Program turut meraikan beberapa ahli baharu IKRAM melalui penyampaian cenderahati, selain berjaya menarik penyertaan dua (2) ahli baharu. Kehadiran booth MyCARE dan HCJ turut memberi peluang kepada peserta mengenali pelbagai aktiviti dan peranan agensi-agensi IKRAM. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi gotong-royong mengemas dewan. Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi medan memperkukuh ukhuwah, memupuk semangat kekeluargaan dan melahirkan lebih ramai lelaki kukuh yang membina keluarga teguh, selaras dengan aspirasi “Bersama Membina Keluarga Sakinah.” #HariKeluargaIKRAM2026 #IKRAMBJB #BulanKeluargaKebangsaanIKRAM2026 #LelakiKukuhKeluargaTeguh #BersamaMembinaKeluargaSakinah #IKRAMJohor #KeluargaBahagiaMasyarakatSejahtera

Lihat hantaran asal di Facebook