17 KANAK-KANAK SERTAI PROGRAM KEMBARA SI CILIK: DARI PINGGAN SIHAT KE SENYUMAN MENAWAN

17 KANAK-KANAK SERTAI PROGRAM KEMBARA SI CILIK: DARI PINGGAN SIHAT KE SENYUMAN MENAWAN
BATU PAHAT, 6 November 2026 – Seramai 17 orang kanak-kanak berumur antara 2 hingga 12 tahun telah menyertai program IKRAM Junior bertajuk Kembara Si Cilik: Dari Pinggan Sihat ke Senyuman Menawan yang berlangsung di Pejabat IKRAM Batu Pahat-Sri Gading. Slot ini diadakan selari dengan program Bangunkan Jiwamu.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Hafizul Amin bin Jimaain, Pegawai Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti UTHM, berkaitan kepentingan menjaga kesihatan melalui pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan gigi sejak usia kecil.
Melalui pendekatan santai dan aktiviti mesra kanak-kanak, peserta didedahkan kepada amalan pemakanan sihat serta kepentingan menjaga kebersihan gigi bagi membentuk gaya hidup yang sihat.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam kalangan kanak-kanak tentang kepentingan menjaga kesihatan diri, di samping membina generasi yang lebih sihat, ceria dan berkeyakinan.
#IKRAMJUNIORSERIGADING
#IKRAMJUNIORBATUPAHAT
#SRIHBP
#SIRIKEMBARASICILIK
