Karnival Kesihatan 2026 — Minda Sejahtera, Keluarga Bahagia

Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor, IKRAM Karnival Kesihatan 2026 — Minda Sejahtera, Keluarga Bahagia
Tempat

Dewan Bandar Putra, Kulai

Tarikh

21 Nov 2026 (Sabtu)

Masa

7:00 Pagi – 1:00 Tengah Hari

Apa ada di karnival

Aktiviti Menarik

18 aktiviti untuk seluruh keluarga, dalam satu hari.

Saringan Percuma

4 aktiviti
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Saringan PAP Smear
  • Saringan HPV-DNA
  • Saringan Minda Sihat

Aktif Bersama

2 aktiviti
  • Senam Robik
  • Fitness Challenge

Terapi & Pemulihan

3 aktiviti
  • Terapi Urutan
  • Terapi Seni
  • Fisioterapi & Terapi Pekerjaan

Ilmu & Konsultasi

6 aktiviti
  • Ceramah Kesihatan Mental
  • Tanyalah Pakar (sesi interaktif)
  • Konsultasi Pemakanan Sihat
  • Latihan CPR
  • Pameran Derma Organ
  • Booth Pameran NGO-NGO

Untuk Keluarga

3 aktiviti
  • Stay Safe (kanak-kanak)
  • Aktiviti KafeTEEN
  • Cabutan Bertuah

Apa Itu Karnival Kesihatan?

Karnival Kesihatan adalah program kesihatan anjuran IKRAM Negeri Johor, dijalankan dengan kolaborasi bersama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Edisi julung diadakan pada Disember 2019 di Kulai, Johor, dengan nama Karnival Gaya Hidup Sihat (KGHS 2019), bertemakan "Sihat Sepanjang Hayat".

Aktiviti Karnival Gaya Hidup Sihat

Objektif

Matlamat Karnival

Saringan Kesihatan Percuma

Perkhidmatan saringan percuma untuk penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan obesiti, termasuk saringan mamogram kanser payudara bersama konsultasi pakar.

Kesedaran Gaya Hidup Sihat

Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai amalan gaya hidup sihat — senaman, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan berkala.

Kerjasama Strategik

Memupuk kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perpaduan Komuniti

Mengeratkan hubungan komuniti melalui program kesihatan dan khidmat sosial, tanpa mengira batas agama, bangsa dan warna kulit.

Edisi Karnival

Sorotan Setiap Edisi

Edisi Akan Datang — Dinantikan

Sihat Sepanjang Hayat

Edisi julung Karnival Gaya Hidup Sihat, diadakan di Kulai, Johor. Menyaksikan penyertaan komuniti yang menggalakkan dengan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan percuma dan aktiviti kesedaran gaya hidup sihat.

Kerjasama Strategik

Bersama Agensi & Rakan Kongsi

  • Jabatan Kesihatan Negeri Johor
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • IKRAM Health Malaysia
  • IKRAM Johor