🤝 SESI LIBAT URUS YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) NEGERI JOHOR & IKRAM NEGERI JOHOR

Jumaat, 21 Ogos 2026 – Alhamdulillah, telah berlangsung suatu Sesi Libat Urus antara YADIM Negeri Johor dan IKRAM Negeri Johor di Pejabat YADIM, Bandar Baru Uda. Sesi Libat Urus ini telah dihadiri oleh Pengarah YADIM Johor, Ustaz Muhammad Ammar bin Abdullah beserta sebahagian ahli jawatankuasanya. IKRAM Johor pula telah diwakili oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Hj. Hermee Bin Tahir serta sebahagian ahli jawatankuasa IKRAM Negeri Johor.

Sesi ini menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping bertukar pandangan berkaitan isu-isu semasa, perkembangan dakwah serta usaha memperkasa masyarakat di negeri Johor.

Perbincangan hari ini juga bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang, khususnya dalam usaha menyantuni masyarakat, memperkukuh nilai kekeluargaan, membina generasi yang berdaya tahan serta memperluas agenda dakwah yang membawa manfaat kepada masyarakat.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak sinergi dan inisiatif bersama yang dapat memberi impak positif kepada masyarakat Johor.

IKRAM Negeri Johor
Bersama Membina Masyarakat Rahmah

#IKRAMJohor
#YADIM
#SesiLibatUrus
#KerjasamaStrategik
#Dakwah

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *