🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

Kesejahteraan Dinikmati –
Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada kebersamaan rakyatnya yang berbeza latar, budaya dan identiti. Kepelbagaian bukan alasan untuk kita berjauhan, sebaliknya menjadi kekuatan untuk saling mengenali, menghormati dan melengkapi.

Marilah kita bersama-sama memupuk rasa hormat, memperkukuh semangat perpaduan serta meninggalkan prasangka dalam membina sebuah Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.

Semoga Malaysia terus menjadi tanah air yang kita banggakan, dihuni oleh rakyat yang saling menghargai dan hidup dalam suasana aman serta bersatu.

Ikhlas daripada:
Haji Hermee Tahir
Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor

#WariskanHormat
#TinggalkanPrasangka
#BangunkanJiwamu
#SBK2026

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *