TAHNIAH BARISAN EXCO KERAJAAN NEGERI JOHOR 2026–2031
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu sempena pelantikan bagi Penggal 2026–2031.
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, hikmah dan keadilan demi memakmurkan Negeri Johor serta membawa kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor.
IKRAM Negeri Johor mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk kepada YAB Menteri Besar serta seluruh barisan EXCO dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” (QS An-Nisa’: 58)
Semoga Johor terus maju, sejahtera dan diberkati Allah SWT.
Ikhlas daripada,
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor.
