🌿 LAPORAN PROGRAM REHLAH AGRO MADANI (PRAM)

Anjuran: Wanita IKRAM Kulai & Senai
Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
Tempat: Agro Madani, Kg Paya, Kulai, Johor
Peserta: 48 orang β€” 27 Kanak-kanak I-Junior & 21 Dewasa

Alhamdulillah, Program Rehlah Agro Madani (PRAM) telah berlangsung dengan lancar dalam suasana cuaca yang nyaman dan mendung.

Program dimulakan dengan sarapan pagi, taklimat, doa dan Tazkirah Tadabur Alam yang mengajak peserta menghayati keindahan alam sebagai tanda kebesaran Allah SWT.

Peserta kemudiannya menyertai lawatan menaiki train bersama Koperasi Komuniti Kg Sri Paya. Pelbagai pengalaman menarik diperoleh seperti menoreh getah, memanjat pokok kelapa dan mengurus ternakan kambing, selain berkunjung ke pasar desa.

Kemuncak aktiviti ialah demo pembuatan kuih tradisional β€” Kuih Rose, Kuih Ketayap dan tempe β€” termasuk pengalaman mengukur kelapa menggunakan peralatan tradisional. Anak-anak I-Junior begitu teruja, manakala peserta dewasa turut mengambil kesempatan mempelajari resipi dan kaedah penyediaannya.

Program turut diserikan dengan CELOTEH – β€œWhat is My Emoji”, penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama pihak koperasi.

✨ PRAM bukan sekadar sebuah lawatan, tetapi pengalaman pembelajaran yang mendekatkan anak-anak dengan alam, pertanian, sumber makanan dan kehidupan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada AJK pelaksana, Koperasi Komuniti Kg Sri Paya, para penceramah, ibu bapa serta semua peserta atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga PRAM terus menjadi medan membina pengalaman, ilmu dan ukhuwah yang bermakna.

Urusetia PRAM
Wanita IKRAM Kulai & Senai

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *