🌙 Alhamdulillah, Iftar Perdana IKRAM Sri Gading Berlangsung dengan Penuh Kemesraan 🤝
Pada 26 Jun 2026; warga IKRAM Sri Gading telah berhimpun dalam Program Iftar Perdana IKRAM Sri Gading yang berlangsung di Taman Rekreasi Taman Universiti, Parit Raja.
Program dimulakan dengan sesi tazkirah yang menyentuh hati oleh Ustaz Ahmad Syahid sebelum para peserta menikmati juadah berbuka secara potluck dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan. Program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah serta aktiviti kemas dan bersurai.
Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang juadah, membantu urusan program dan menjayakan pertemuan yang sederhana tetapi sarat dengan makna ini. Semoga setiap detik kebersamaan yang terjalin menjadi asbab bertambahnya kasih sayang, ukhuwwah dan keberkatan dalam kehidupan kita.
Gambar penuh
https://photos.app.goo.gl/umerJXWioaoefovM9
Video
https://youtube.com/shorts/W1qSq1wNgFU?si=GVlLfF7qSrtoUAtn
(Minta jasa baik like dan subscribe channel youtube IKRAM SG)
