LAPORAN PROGRAM: TEA CORNER EDISI KHAS – SAMBUTAN HARI IBU (17 Mei 2026)

Pada 17 Mei 2026, Wanita IKRAM Johor dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN Negeri Johor) telah menganjurkan program Tea Corner Edisi Khas sempena Sambutan Hari Ibu di Kompleks IKRAM Johor, Taman Universiti, Skudai.

Program kali ni bertajuk “Belai Diri.. Ibu Bahagia Keluarga Sejahtera”. Penceramah jemputan, Puan Rozita binti Mohamed dari MamaCare telah berkongsi ilmu dan praktikal teknik urutan stres dan urutan wajah yang betul. Selari dengan itu, diadakan juga saringan kesihatan (BMI, gula, kolesterol dan tekanan darah), saringan kanser servik HPVDNA serta saringan mamogram yang diberikan secara percuma.

Program ini turut diserikan dengan persembahan nasyid kanak-kanak yang bertajuk My Mother. Kanak-kanak juga diberikan peluang untuk berkarya menghasilkan seni lukisan pada beg canvas sebagai hadiah kepada ibu masing-masing. Aktiviti kanak-kanak dikendalikan oleh Puan Manihah binti Alias dan Dr Anizatul Azna binti Ahmad.

Program yang mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 120 orang ibu-ibu dan kanak-kanak. Moga pengisian program ini dapat dimanfaatkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Wanita IKRAM Johor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program TC kali ini, terutama kepada semua peserta yang hadir. Untuk mendapatkan laporan bergambar, sila layari pautan ini

Boleh like 👍🏻, subscribe & share.

Fb: Wanita Ikram Johor
https://www.facebook.com/share/p/17dcSYM4QT/

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *