HARI KELUARGA IKRAM PULAI 2026

HARI KELUARGA IKRAM PULAI 2026
Bertemakan “Lelaki Kukuh, Keluarga Teguh”, Hari Keluarga IKRAM Pulai 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 1 November 2026 bertempat di Taman Tropika Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Program yang dianjurkan bersempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan IKRAM 2026 ini telah menghimpunkan seramai 70 orang peserta, terdiri daripada golongan dewasa, pelajar dan kanak-kanak.
Dengan kerjasama Kelab Iqra’ UTM, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya senamrobik, sesi taaruf keluarga serta sukaneka yang melibatkan penyertaan seisi keluarga. Suasana penuh keceriaan dan semangat kerjasama sepanjang program menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan peserta.
Selain aktiviti riadah, para peserta turut menerima risalah “Lelaki Kukuh, Keluarga Teguh” yang mengetengahkan kepentingan peranan bapa sebagai pembimbing, pelindung dan sumber kasih sayang dalam keluarga.
Program diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua IKRAM Pulai, penyampaian hadiah dan jamuan makan bersama sebelum berakhir pada pukul 11.30 pagi dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Alhamdulillah, semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kekeluargaan yang lebih erat, ukhuwah yang berpanjangan serta usaha berterusan dalam membina keluarga sakinah.
