← Semua artikel

IKRAM JUNIOR DENGAN KERJASAMA TADIKA IMAN DAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK IMAN TAMAN MANIS ANJUR PER...

IKRAM JUNIOR DENGAN KERJASAMA TADIKA IMAN DAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK IMAN TAMAN MANIS ANJUR PERKONGSIAN “SENTUHAN SELAMAT” TAMAN MANIS, 29 Oktober 2026 – Tadika IMAN Taman Manis dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak IMAN Taman Manis telah mengadakan program perkongsian bertajuk “Sentuhan Selamat” pada hari Khamis, 29 Oktober 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 11.20 pagi. Program ini melibatkan seramai 43 orang murid. Program ini merupakan sebahagian daripada Modul Stay Safe IKRAM Junior, iaitu modul pendidikan keselamatan kanak-kanak yang bertujuan memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Sentuhan Selamat merupakan bahagian kedua dalam modul tersebut, selepas bahagian pertama yang membincangkan Persekitaran Selamat dan Tak Selamat. Bahagian ketiga pula memberi tumpuan kepada Kekal Selamat di Alam Siber. Melalui perkongsian ini, murid didedahkan kepada kepentingan mengenali sentuhan yang selamat dan tidak selamat serta memahami hak mereka terhadap tubuh badan sendiri. Pendedahan ini bertujuan membantu murid mengetahui cara melindungi diri daripada bahaya dan meningkatkan keberanian untuk mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai apabila berhadapan dengan situasi yang membuatkan mereka berasa tidak selesa atau terancam. Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan menghargai dan menjaga tubuh badan sendiri serta melindungi diri daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Pendidikan keselamatan diri sejak usia awal amat penting bagi membina kesedaran dan membentuk sikap yang lebih berhati-hati dalam kalangan kanak-kanak. Diharapkan agar perkongsian “Sentuhan Selamat” ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid yang terlibat, sekali gus membantu mereka memahami kepentingan menjaga keselamatan diri dalam kehidupan seharian. Semoga usaha ini menjadi langkah bermakna dalam melahirkan generasi kanak-kanak yang lebih peka, berani dan berpengetahuan dalam melindungi diri, selaras dengan matlamat Modul Stay Safe IKRAM Junior. #IKRAMJUNIORSRIGADING #IKRAMJUNIORBATUPAHAT #TADIKA&TASKAIMAN

Lihat hantaran asal di Facebook