LAPORAN JUALAN MINYAK MASAK TERPAKAI
IKRAM PONTIAN

Tempoh: Februari – Julai 2026

Alhamdulillah, bagi tempoh Februari sehingga Julai 2026, IKRAM Pontian telah berjaya mengumpul sejumlah 510kg minyak masak terpakai daripada para penyumbang di sekitar Pontian.

Sebahagian besar penyumbang telah menginfaqkan hasil jualan minyak terpakai ini kepada i-Bantu Pontian, dengan jumlah keseluruhan RM1,836. Hasil jualan ini disalurkan sepenuhnya untuk membantu golongan asnaf serta kerja-kerja kebajikan.

Semoga dengan usaha ini, masyarakat dapat sama-sama menjaga kelestarian alam sekitar di samping membantu meringankan beban golongan asnaf. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah menghulurkan dan menguruskan projek minyak terpakai ini.

#minyakmasakterpakai #3MT #IKRAMNegeriJohor #IKRAMPontian

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *