← Semua artikel

LAPORAN PROGRAM FROM RM50K TO RM1 MILLION REVENUE

LAPORAN PROGRAM FROM RM50K TO RM1 MILLION REVENUE 25 Oktober 2026 | Dewan Al-Banna, Kompleks IKRAM Johor, Skudai Unit Pemerkasaan Ekonomi (UPE) IKRAM Johor dengan kerjasama Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) telah menganjurkan program From RM50K to RM1 Million Revenue yang menghimpunkan pemilik perniagaan untuk mendalami strategi membina dan mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya. Program menampilkan Tuan Hussaini Khairudin, Chief Revenue Officer (CRO) ARBA Travel, yang berkongsi pengalaman dan pendekatan praktikal dalam membina model perniagaan, mengembangkan pasaran serta meningkatkan prestasi jualan. 30 peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari pelbagai industri bisnes dan dari bisnes kecil sehingga syarikat korporat. Empat fokus utama perkongsian Antara pengisian utama program ialah: *Business Model Canvas* Memahami model perniagaan, nilai yang ditawarkan dan bagaimana setiap komponen bisnes menyumbang kepada penjanaan pendapatan. *Product-Market Fit* Memahami prinsip Market First, Product Second dengan mengenal pasti pelanggan sasaran, permintaan sebenar dan potensi pasaran sebelum mengembangkan produk. *Go-To-Market Strategy* Mempelajari strategi analisis pasaran, pemilihan pelanggan sasaran, Marketing Mix serta kaedah mendapatkan dan mengekalkan pelanggan. *The 4 Disciplines of Execution* Memahami empat disiplin penting dalam pelaksanaan strategi: * Focus – menetapkan sasaran utama. * Leverage – memberi tumpuan kepada aktiviti yang memacu hasil. * Engagement – memantau prestasi melalui scoreboard. * Accountability – memastikan pelaksanaan dan akauntabiliti secara konsisten. Daripada teori kepada aplikasi sebenar Program turut menyediakan sesi Ask Me Anything yang memberi peluang kepada peserta mengemukakan persoalan dan berkongsi situasi sebenar perniagaan untuk mendapatkan pandangan secara langsung. Program ini membawa mesej bahawa kejayaan mengembangkan perniagaan bukan hanya bergantung kepada usaha meningkatkan jualan, tetapi turut memerlukan model perniagaan yang tepat, pemahaman pasaran, strategi pemasaran dan jualan serta disiplin pelaksanaan yang konsisten. UPE IKRAM Johor dan MUBIN berharap program ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekosistem keusahawanan yang lebih berdaya saing serta melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu mengembangkan perniagaan secara mampan. Bukan sekadar bekerja lebih keras, tetapi membina strategi yang lebih tepat untuk berkembang lebih jauh. ⸻ Penganjur: Unit Pemerkasaan Ekonomi (UPE) IKRAM Johor Dengan kerjasama: Muslim Business Network Association of Malaysia (MUBIN) Penyampai: Hussaini Khairudin, Chief Revenue Officer (CRO), ARBA Travel

Lihat hantaran asal di Facebook