LAPORAN RINGKAS: PERTANDINGAN BOLING STRIKE BERSAMA AYAH & ANAK SEMPENA HARI BAPA 2026

Sempena Hari Bapa pada 21 Jun 2026, IKRAM Negeri Johor telah menganjurkan Pertandingan Boling – Strike Bersama Ayah & Anak, di Daiman Bowl, Johor Jaya. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ayah dan anak serta mewujudkan masa berkualiti antara ahli keluarga.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, melibatkan 42 orang ayah bersama anak masing-masing, menjadikan jumlah peserta seramai 84 orang. Program ini turut diserikan dengan kehadiran pasangan dan ahli keluarga yang lain.

Selepas sesi pendaftaran peserta dan taklimat ringkas, peserta mendengar Ucapan Pembukaan oleh Yang Dipertua IKRAM Kawasan Bandaraya Johor Bahru, Hj. Luqman Makki.

Program ini menyaksikan ayah dan anak bermain boling dalam suasana santai, ceria dan penuh semangat kesukanan. Hadiah menarik turut disediakan oleh pihak Penganjur bagi para pemenang.

Antara impak positif yang dapat dilihat adalah hubungan ayah dan anak dipereratkan melalui interaksi dan kerjasama sepanjang program.

Ucapan Penutup Sempena Hari Bapa disampaikan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Hj. Hermee Tahir. Beliau menyentuh mengenai peranan penting bapa sebagai ketua keluarga yang memainkan peranan sebagai pembentuk generasi dan pencorak masyarakat selari dengan tuntutan Islam. Program ini juga diharapkan dapat menjadi pencetus untuk perlaksanaan program-program kekeluargaan di masa akan datang.

Secara keseluruhannya, Program Boling – Strike Bersama Ayah & Anak Sempena Hari Bapa 2026 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat maklum balas yang sangat positif daripada para peserta. IKRAM Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta serta semua pihak yang terlibat, terutamanya IKRAM Bandaraya Johor Bahru selaku JK Pelaksana yang telah memastikan program berjalan dengan lancar.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuhkan lagi institusi keluarga dan semangat ukhuwah kemasyarakatan.

#HariBapa2026
#IKRAMJohor
#AyahDanAnak
#BolingHariBapa
#KeluargaBahagia

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *