PROGRAM MABIT BAPA- BAPA WARGA HIDAYAH & IKRAM JBU

PROGRAM MABIT BAPA- BAPA WARGA HIDAYAH & IKRAM JBU
Tema: Kepentingan Masa
Tarikh: 6 – 7 November 2026
Masa: 6.30 petang – 7.00 pagi
Tempat: Dewan Tabuk Pusat Pendidikan Hidayah.
Alhamdulillah, Program Mabit yang julung kalinya menggabungkan bapa-bapa, Staf Hidayah dan juga ahli Ikram JBU berjalan dengan baik dan terlaksana dengan jayanya.
Antara pengisian utama program ialah:
Pengisian Ilmu – Kepentingan Masa
Disampaikan oleh YDP IKRAM Negeri Johor, Tuan Haji Hermee bin Tahir. Pengisian ini memberikan ilmu dan kesedaran yang bermanfaat berkaitan kepentingan mengurus masa serta memanfaatkannya dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.
Pengisian Isu Semasa
Disampaikan oleh Dr. Adnan Omar yang membincangkan perkembangan dan isu-isu semasa di dalam serta luar negara antaranya Isu Palestin, Amerika Syarikat dan Malaysia.
Pengisian Kerohanian
Melibatkan pelaksanaan qiamullail, zikir dan tilawah al-Quran bagi menghidupkan suasana ibadah serta meningkatkan hubungan dengan Allah SWT.
Tadabbur Selepas Subuh
Pengisian tadabbur al-Quran yang membincangkan surah Al-Asr dn surah Al- Insan berkaitan masa.
Aktiviti Penutup
Program diakhiri dengan senaman regangan dan solat sunat Dhuha sebelum semua peserta bersurai.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamat dalam mengukuhkan ukhuwah antara warga Hidayah, para bapa dan ahli IKRAM JBU, di samping memberikan pengisian ilmu, kesedaran terhadap isu semasa serta penghayatan kerohanian.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan kekeluargaan, ukhuwah dan tarbiah dalam kalangan warga Hidayah dan IKRAM.
Alhamdulillah, semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.
#srihjb2026
#mabitstafhidayah
#ikramjbu
