SESI PERJUMPAAN JAWATANKUASA IKRAM NEGERI JOHOR (JKN) BERSAMA INSTITUSI & AGENSI IKRAM NEGERI JOHOR
Alhamdulillah, telah berlangsung suatu Sesi Perjumpaan JKN bersama Institusi-institusi/ Agensi-agensi IKRAM Negeri Johor pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Kompleks IKRAM Johor (KIJ). Seramai 12 orang wakil daripada enam institusi/ agensi telah menghadiri perjumpaan ini selain barisan Jawatankuasa IKRAM Negeri Johor.
Sesi ini menjadi medan pertemuan dan perkongsian antara JKN Johor bersama pimpinan serta wakil institusi dan agensi IKRAM Johor bagi memperkukuh kesepaduan gerak kerja, menyelaras perancangan serta memperkukuhkan hala tuju bersama dalam menjayakan agenda dakwah, tarbiah dan khidmat masyarakat di peringkat negeri Johor.
Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Haji Hermee Bin Tahir. Seterusnya, perjumpaan ini diteruskan dengan sesi pembentangan daripada:
🔹 IKRAM Health Johor (IHJ)
🔹 Hidayah Centre Foundation (HCF)
🔹 MyCare Johor
🔹 Koperasi AKRAB
🔹 Yayasan IKRAM Malaysia
🔹 Asatizah IKRAM Johor
Sesi perbincangan dua hala ini turut membuka ruang untuk perkongsian perkembangan pencapaian semasa, perancangan tahun 2026, cabaran, sokongan daripada JKN dan seterusnya potensi kerjasama antara institusi/ agensi dengan JKN Johor.
Semoga pertemuan ini terus menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, menyatukan langkah dan memperkemas gerak kerja seluruh institusi serta agensi IKRAM Johor demi mencapai keberhasilan yang lebih tersusun, bersepadu dan berimpak.
“Bersama Memperkasa Gerak Kerja, Menyantuni Ummah.”
Terima kasih diucapkan kepada semua pimpinan, wakil institusi/ agensi dan pihak urusetia yang telah menjayakan sesi pertemuan ini. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan mengurniakan kekuatan kepada kita dalam menggalas amanah membangunkan ummah.
#IKRAMJohor
#JKNJohor
#InstitusiAgensiIKRAM
#GerakKerjaBersepadu
