📣 TRAINING OF TRAINERS (TOT) IKRAM JOHOR: MEMPERKASA JURULATIH, MEMPERLUAS DAKWAH AKAR UMBI

Alhamdulillah, telah berlangsung program Training of Trainers (ToT) IKRAM Johor bagi Modul Stay Safe (SS) pada 16 Ogos 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Al-Banna, Kompleks IKRAM Johor (KIJ).

Program ini dianjurkan bagi memperkasa bakal jurulatih, penceramah dan pengendali modul agar lebih bersedia menggerakkan program Dakwah Akar Umbi (DAU) di kawasan masing-masing, khususnya dalam usaha mendampingi kanak-kanak dan para ibu bapa. Modul Stay Safe (SS) ini memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan perlindungan diri kanak-kanak dalam menghadapi cabaran semasa, termasuk di alam siber.

Program dimulakan dengan Ucapan Pembukaan oleh Ketua Wanita IKRAM Negeri Johor, Dr. Nor Azizah binti Ali. Beliau mengharapkan agar sesi Training of Trainers ini dapat melahirkan lebih ramai jurulatih dan seterusnya lebih banyak sentuhan dakwah terhasil di peringkat akar umbi.

Sesi Training of Trainers ini kemudiannya dikendalikan oleh 3 orang Trainers berpengalaman, di mana Modul ini dibahagikan kepada 3 slot bagi memberi ruang kepada para peserta untuk memahami kandungan serta pendekatan penyampaian modul secara lebih mendalam.

Seramai 27 orang peserta daripada 10 kawasan IKRAM Johor telah berjaya mengikuti sesi Training of Trainers kali ini. Sesi ini ditutup dengan ucapan oleh wakil Jawatankuasa IKRAM Negeri Johor (JKN), Saudara Mohd. Hairul Akmal bin Ab. Aziz, daripada JK Pemacuan Dakwah Akar Umbi. Beliau sangat berharap agar sesi Training of Trainers yang dilaksanakan ini bukan sekadar sebuah sesi latihan, tetapi merupakan salah satu usaha untuk membina barisan penggerak yang mampu membawa modul dan mesej dakwah terus ke akar umbi.

Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam sesi Training of Trainers ini dapat diterjemahkan kepada lebih banyak program di kawasan sekitar negeri Johor, seterusnya memberi manfaat kepada anak-anak, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, fasilitator, urus setia serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Semoga Allah SWT memberkati usaha kecil ini dan menjadikannya asbab tersebarnya kebaikan yang lebih luas. 🤲🏻

IKRAM Negeri Johor
Ukhuwah Teras Kegemilangan

#IKRAMJohor
#WanitaIKRAMJohor
#IKRAMJunior
#StaySafe
#DakwahAkarUmbi

View original post on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *